Ramai peminat Nutox sekarang ye. Banyak-banyak produk Nutox, ni salah satu yang saya minat dan dah repeat order banyak kali.. Nutox cleansing gel!
Saya suka sangat kat cleanser ni sebab kulit saya agak kering + combination, jadi gel memang sangat sesuai. Lepas pakai, kulit tak terasa tegang / kering. Rasa moist & segar je.
Bagi korang yang jenis kulit berminyak, sesuai pakai cleanser jenis foam/cream.
Teksturnya transparent gel, bau jasmine yang sama dengan produk Nutox yang lain. Setakat ni, tak dapat jugaklah nak cakap efek yg lainnya tu jadi kat muka. Sebab effect glowing, brightening ni tak cukup dengan sekadar cuci muka. Dahlah mencuci muka tu berapa saat sangatlah, takde masa khasiat tu nak masuk dalam kulit. Yang penting, cuci muka ni dapat buang kotoran/ minyak di muka yang boleh sebabkan jerawat. Faham ke idok?
Nak cakapnya kat sini, tak perlulah beli pencuci muka yang high end harga ratus2 sebab dia claim itu ini. Kalau nak invest untuk produk high end tapi tak mampu, baik pakai barang kat Watsons/Guardian. Tapi kalau memang duit dah berkepuk-kepuk tak tahu nak beli apa, bolehlah beli brand high end cleanser macam Lancome, Estee Lauder etc. Tapi nak invest lebih untuk serum takpa. Sebab serum ni sangat concentrated dan memang akan absorb dalam kulit. Haih, lain kali saya cerita pasal serum pulak okay. Tungguu..
Ok cakap tentang harga, harganya pula dlm RM30++. Boleh tahan sampai 4 bulan kalau cuci 2 kali sehari. Tak paya picit banyak-banyak pun. Besar kacang hijau pun dah cukup.
Untuk pengetahuan korang, Nutox ada beberapa jenis cleanser, antaranya:
1. Nutox Renewing Treatment Milk Cleanser, (warna pink),
2. Nutox cleansing oil & Micellar cleansing water- yang ni untuk buang makeup,
3. Nutox Cleansing Foam- sesuai untuk kulit berminyak
4. Dan yang terbaru, Nutox Youth Restoring Cleansing gel! - untuk anti aging
Merecikk, dahlah packaging cantik sangat. Jadi korang bolehlah pilih pencuci muka ikut jenis kulit & keperluan masing-masing ye.
Ok sampai jumpa lagi. Muah ciked!
No comments:
Post a Comment