Saturday 17 March 2018

Nutox Renewing Treatment Lotion Review

Hai semua.

Hari ni nak review tentang Nutox Renewing Treatment Lotion.



Lotion ni ialah toner ye, jadi mestilah digunakan selepas mencuci muka. Fungsi utama toner ialah untuk mengecilkan pori-pori di wajah kita.

Jadi, macamana dengan Nutox Renewing Treatment Lotion? Saya dah gunakannya selama 2 bulan. 2  kali sehari (pagi dan malam). Hasilnya, saya suka! Walaupun namanya lotion,tapi ianya tak sepekat losyen biasa, dan tak secair toner biasa. Tengah-tengahla kan. Saya titiskan 3 titik di tangan, kemudian dap dap kat muka sampai kering. Ada yang rajin dan boleh gunakan kapas. Saya tak serajin tu. heheh

Lepas dia kering kat muka, memang rasa ringan dan tak melekit. Kulit rasa soft dan fluffy gittew. Kulit muka rasanya makin naik seri, kurang kusam.

Akhir kata,hasil produk ni bergantung kepada kulit masing-masing. Kulit saya jenis normal-dry, dan alhamdulillah serasi  dengan toner ni.

Thanks for reading!
Love,
Z

No comments:

Post a Comment