Friday 19 June 2020

Cimilre F1 Breastpump Review

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak review Cimilre F1 breastpump pulak.

Kalau zaman dulu2, masa breastpump kurang dalam pasaran, memang teringiiin sangat nak beli Medela Freestyle. Pam yang paling gah & mahal masa tu. Sekarang ni, dah banyak sangat breastpump yang setanding dengan Medela freestyle, yang boleh kita beli dengan harga yang lebihh murah.

Salah satunya ialah Cimilre F1!


Ni gambar yang saya copy dari PumpOnTheGo


Pam ni kecik & kompak, ringan & boleh buat double pumping. Yang bestnya, kita boleh add-on handsfree breastshield. Handsfree ni maksudnya masa mengepam, tak perlu pegang pam tu dengan tangan. Boleh la multitasking, sangat sesuai especially untuk mommies yang bekerja.
Cimilre Handsfree Breast Shield Set (1-Pack)
Pam ni rechargeable. Sekali caj penuh boleh guna dalam 2 jam.

Pam ni ada 2 phase mode. Mula-mula mengepam, kita pakai mode massage. Sucking dia cepat cepat, nak mimik baby punya suction. Lepas tu memang boleh rasa let-down reflex, rasa susu turun laju. Lepas tu kita tukar mode dia kepada expression. Boleh pilih sampai maksimum level 10. Kalau susu banyak, memang boleh backflow ke dalam tiub. Sebab tu pam ni dah ada sekali dengan anti-backflow valve. Jadi susu boleh masuk dalam tiub saja, tapi takkan masuk ke dalam mesin pam tu. Jadi kalau susu dah masuk dalam tiub, kenalah cepat cepat cuci tiub tu mak2 semua ye! Kalau lambat cuci, dia boleh jadi berkerak / berkulat. Kotor!

Harga dia pulak, ikut website lah. Masa saya beli dulu tahun 2017, harganya RM659 sekali dengan handsfree. Saya beli dekat Little Whiz. Sekarang dah boleh harga RM500+ kat Shopee.

Setakat ni saya dah pakai selama 3 tahun, untuk 2 orang anak. Pam saya ni masih elok fungsinya. Tak terfikir nak beli pam baru lagi dah, sebab dah fall in love dengan F1. Mungkin saya outdated sikit, tak tengok dah pam susu kat online shop. Memang banyak sekarang. Jadi pilihan di tangan anda!

Thanks for reading!

No comments:

Post a Comment