Monday 6 August 2018

Nutox Advanced Serum Concentrate Review

Mesti ramai tercari cari review untuk serum ni kan? Tengok botolnya yang merah mengancam bak ruby, mesti terliur para peminat skincare sekalian kan? Hehe



Banyak banyak produk Nutox,rasanya serum ni yang paling banyak diperkatakan. Mana taknya, ramai yang dah merasa kehebatan serum anti penuaan ni. Tak percaya,cubalah!

Harganya kalau kat lazada untuk botol 30ml, boleh dapat RM54+, kalau kat watsons atau guardian masa tak offer,boleh jadi sampai RM70++ tau. Jadi pandai pandailah usha masa bila offer ye!

Serum ni memang pekat, tapi yang bestnya, ia tak melekat dan cepat meresap ke dalam kulit. Tak melekit okeh! Baunya memang standard produk Nutox yang lain,bau bunga jasmine yang harum banget! Setiap kali pakai terasa macam pakai aromatherapy gitu.

Dan produk anti penuaan ni, seperti biasa,sesuai untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Anak dara muda remaja toksah gatai nak pakai nohh. Sabaq satt ja.

Bagi saya pula, semasa saya pakai serum ni, kulit tak jadi breakout. Kedut halus pun berkurang. (Kulit saya jenis normal-combination)

Tapi nak tahu tak rahsia sebenar kulit cantik? Hydration hydration and hydration! Pastikan kulit sentiasa lembap. Kalau kulit jenis kering,kena pastikan moisturizer pakai selalu. Kalau kulit jenis berminyak, pilih produk yang dapat kurang kan minyak tanpa terlebih keringkan muka. Dan pastikan minum air yang cukup,2 liter sehari ok!



Salam kulit cantik semua!

No comments:

Post a Comment