Friday 19 June 2020

Nutox Cleansing Gel Review

Hai semua!

Ramai peminat Nutox sekarang ye. Banyak-banyak produk Nutox, ni salah satu yang saya minat dan dah  repeat order banyak kali.. Nutox cleansing gel!

NUTOX Cleansing Gel (150ml) Exp 2022 | Lazada

Saya suka sangat kat cleanser ni sebab kulit saya agak kering + combination, jadi gel memang sangat sesuai. Lepas pakai, kulit tak terasa tegang / kering. Rasa moist & segar je. 

Bagi korang yang jenis kulit berminyak, sesuai pakai cleanser jenis foam/cream. 

Teksturnya transparent gel, bau jasmine yang sama dengan produk Nutox yang lain. Setakat ni, tak dapat jugaklah nak cakap efek yg lainnya tu jadi kat muka. Sebab effect glowing, brightening ni tak cukup dengan sekadar cuci muka. Dahlah mencuci muka tu berapa saat sangatlah, takde masa khasiat tu nak masuk dalam kulit. Yang penting, cuci muka ni dapat buang kotoran/ minyak di muka yang boleh sebabkan jerawat. Faham ke idok?

Nak cakapnya kat sini, tak perlulah beli pencuci muka yang high end harga ratus2 sebab dia claim itu ini. Kalau nak invest untuk produk high end tapi tak mampu, baik pakai barang kat Watsons/Guardian.  Tapi kalau memang duit dah berkepuk-kepuk tak tahu nak beli apa, bolehlah beli brand high end cleanser macam Lancome, Estee Lauder etc. Tapi nak invest lebih untuk serum takpa. Sebab serum ni sangat concentrated dan memang akan absorb dalam kulit. Haih, lain kali saya cerita pasal serum pulak okay. Tungguu..

Ok cakap tentang harga, harganya pula dlm RM30++. Boleh tahan sampai 4 bulan kalau cuci 2 kali sehari. Tak paya picit banyak-banyak pun. Besar kacang hijau pun dah cukup.

Untuk pengetahuan korang, Nutox ada beberapa jenis cleanser, antaranya:

1. Nutox Renewing Treatment Milk Cleanser, (warna pink), 
Nutox Renewing Treatment Milk Cleanser | Nutox


2. Nutox cleansing oil & Micellar cleansing water- yang ni untuk buang makeup,
NUTOX Cleansing Oil (200ml) | Shopee MalaysiaNUTOX, Micellar Cleansing Water | Watsons Malaysia



3. Nutox Cleansing Foam- sesuai untuk kulit berminyak

NUTOX, Cleansing Foam 100ml | Watsons Malaysia


4. Dan yang terbaru, Nutox Youth Restoring Cleansing gel! - untuk anti aging
NUTOX, Youth Restoring Cleansing Gel 150ml | Watsons Malaysia


Merecikk, dahlah packaging cantik sangat. Jadi korang bolehlah pilih pencuci muka ikut jenis kulit & keperluan masing-masing ye.

Ok sampai jumpa lagi. Muah ciked!




Cimilre F1 Breastpump Review

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak review Cimilre F1 breastpump pulak.

Kalau zaman dulu2, masa breastpump kurang dalam pasaran, memang teringiiin sangat nak beli Medela Freestyle. Pam yang paling gah & mahal masa tu. Sekarang ni, dah banyak sangat breastpump yang setanding dengan Medela freestyle, yang boleh kita beli dengan harga yang lebihh murah.

Salah satunya ialah Cimilre F1!


Ni gambar yang saya copy dari PumpOnTheGo


Pam ni kecik & kompak, ringan & boleh buat double pumping. Yang bestnya, kita boleh add-on handsfree breastshield. Handsfree ni maksudnya masa mengepam, tak perlu pegang pam tu dengan tangan. Boleh la multitasking, sangat sesuai especially untuk mommies yang bekerja.
Cimilre Handsfree Breast Shield Set (1-Pack)
Pam ni rechargeable. Sekali caj penuh boleh guna dalam 2 jam.

Pam ni ada 2 phase mode. Mula-mula mengepam, kita pakai mode massage. Sucking dia cepat cepat, nak mimik baby punya suction. Lepas tu memang boleh rasa let-down reflex, rasa susu turun laju. Lepas tu kita tukar mode dia kepada expression. Boleh pilih sampai maksimum level 10. Kalau susu banyak, memang boleh backflow ke dalam tiub. Sebab tu pam ni dah ada sekali dengan anti-backflow valve. Jadi susu boleh masuk dalam tiub saja, tapi takkan masuk ke dalam mesin pam tu. Jadi kalau susu dah masuk dalam tiub, kenalah cepat cepat cuci tiub tu mak2 semua ye! Kalau lambat cuci, dia boleh jadi berkerak / berkulat. Kotor!

Harga dia pulak, ikut website lah. Masa saya beli dulu tahun 2017, harganya RM659 sekali dengan handsfree. Saya beli dekat Little Whiz. Sekarang dah boleh harga RM500+ kat Shopee.

Setakat ni saya dah pakai selama 3 tahun, untuk 2 orang anak. Pam saya ni masih elok fungsinya. Tak terfikir nak beli pam baru lagi dah, sebab dah fall in love dengan F1. Mungkin saya outdated sikit, tak tengok dah pam susu kat online shop. Memang banyak sekarang. Jadi pilihan di tangan anda!

Thanks for reading!