Monday 6 August 2018

Nutox Advanced Serum Concentrate Review

Mesti ramai tercari cari review untuk serum ni kan? Tengok botolnya yang merah mengancam bak ruby, mesti terliur para peminat skincare sekalian kan? Hehe



Banyak banyak produk Nutox,rasanya serum ni yang paling banyak diperkatakan. Mana taknya, ramai yang dah merasa kehebatan serum anti penuaan ni. Tak percaya,cubalah!

Harganya kalau kat lazada untuk botol 30ml, boleh dapat RM54+, kalau kat watsons atau guardian masa tak offer,boleh jadi sampai RM70++ tau. Jadi pandai pandailah usha masa bila offer ye!

Serum ni memang pekat, tapi yang bestnya, ia tak melekat dan cepat meresap ke dalam kulit. Tak melekit okeh! Baunya memang standard produk Nutox yang lain,bau bunga jasmine yang harum banget! Setiap kali pakai terasa macam pakai aromatherapy gitu.

Dan produk anti penuaan ni, seperti biasa,sesuai untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas. Anak dara muda remaja toksah gatai nak pakai nohh. Sabaq satt ja.

Bagi saya pula, semasa saya pakai serum ni, kulit tak jadi breakout. Kedut halus pun berkurang. (Kulit saya jenis normal-combination)

Tapi nak tahu tak rahsia sebenar kulit cantik? Hydration hydration and hydration! Pastikan kulit sentiasa lembap. Kalau kulit jenis kering,kena pastikan moisturizer pakai selalu. Kalau kulit jenis berminyak, pilih produk yang dapat kurang kan minyak tanpa terlebih keringkan muka. Dan pastikan minum air yang cukup,2 liter sehari ok!



Salam kulit cantik semua!

Nutox Renewing Treatment Essence Review

Hi there!

Antara banyak banyak produk Nutox, produk ni yang saya pakai paling cepat habis. Sebab essence ni sangat marvellous! (Selain memang botolnya kecik, 30ml je.hehe.) Harganya pun boleh tahan, RM60++



 Tapi seriously, Nutox Renewing Treatment essence ni memang terbaik. Apa beza essence dengan serum? Serum lebih pekat dari segi konsistensi, tapi kedua duanya memang berkhasiat untuk kulit kita.

Essence dari nutox ni warnanya putih, bau harum bunga jasmine memang menenangkan. Tak menyengat dan lembut je.

Kesan kepada kulit? Sama macam produk dalam range Nutox treatment, (Nutox pink), untuk cegah kulit kusam!

Kalau kita perasan, muka orang yang dekat nak tua, muka dia lagi kuat kusam, tak bright macam budak zaman remaja. Sebab kulit kusam ialah tanda penuaan.

Haa kalau taknak kulit kusam,boleh cuba produk nutox treatment range. Sesuai untuk yang yang berumur lebih dari 25 tahun. Untuk lambatkan prodes penuaan.

Baiklah sampai sini coretan saya.

See you in next review, daaa!