Saturday 17 March 2018

Nutox Renewing Treatment Lotion Review

Hai semua.

Hari ni nak review tentang Nutox Renewing Treatment Lotion.



Lotion ni ialah toner ye, jadi mestilah digunakan selepas mencuci muka. Fungsi utama toner ialah untuk mengecilkan pori-pori di wajah kita.

Jadi, macamana dengan Nutox Renewing Treatment Lotion? Saya dah gunakannya selama 2 bulan. 2  kali sehari (pagi dan malam). Hasilnya, saya suka! Walaupun namanya lotion,tapi ianya tak sepekat losyen biasa, dan tak secair toner biasa. Tengah-tengahla kan. Saya titiskan 3 titik di tangan, kemudian dap dap kat muka sampai kering. Ada yang rajin dan boleh gunakan kapas. Saya tak serajin tu. heheh

Lepas dia kering kat muka, memang rasa ringan dan tak melekit. Kulit rasa soft dan fluffy gittew. Kulit muka rasanya makin naik seri, kurang kusam.

Akhir kata,hasil produk ni bergantung kepada kulit masing-masing. Kulit saya jenis normal-dry, dan alhamdulillah serasi  dengan toner ni.

Thanks for reading!
Love,
Z

Tuesday 13 March 2018

Pengenalan & Review Nutox Skincare

Hai semua, Hari ni nak cerita pasal Nutox skin care. Mesti ramai yang tertarik dengan Nutox, dan dutanya yang tengah hott sekarang, Fazura!



Baiklah. Nutox ni adalah produk kosmetik buatan Malaysia yang berasaskan bird's nest. Siapa tak tahu kelebihan sarang burung kan? Memang terkenal untuk awet muda! hehe

Ok, produk Nutox ada banyak dan lengkap!

Buat yang baru berjinak-jinak dengan penjagaan kulit muka, ni ada sikit panduan.

Kita ikut turutan penggunaan produk penjagaan kulit muka:
1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Eye cream
5. Moisturizer
6. Sun block
7. Make-up (optional)

Kalau ikut langkah2 ni, insyaAllah kulit cantik.

Jadi untuk pilih produk yang sesuai dengan kulit awak,Nutox dah bagi panduan. Cuba tengok:

Ni untuk kulit yang berminyak atau kombinasi



 Ni pulak untuk kulit kering & normal!



Ramai jugak yang tanya, beza antara Nutox pink & Nutox merah.

Nutox merah ni mostly untuk anti-ageing. Sesuai untuk mereka yang berumur lebih dari 25 tahun.
Nutox pink pulak untuk naikkan seri muka, supaya makin cerah dan radiant!


Nutox merah- anti penuaan!



Nutox pink untuk menjadikan kulit glowing, maksudnya tak kusam ok!


****Semua gambar-gambar ni kita copy dari FB Nutox & Nutox website 


Ni plak Nutox yang saya tengah pakai sekarang:

Next post kite akan review these products ok! Thanks for viewing.

Love,
Z



Sunday 11 March 2018

Skinelle Collagen Peptide Serum Review

Firstly, nak cerita pasal skin care. Semua yang search ni mesti tengah cari review skin care kan?? Bagus2. Tak rugi invest untuk kecantikan. Orang tua cakap sebab nak pakai lama kan?

Jadi, first product yang nak saya ceritakan adalah...

Skinelle!

 serum.jpeg

*Gambar ni saya copy dari Skinelle punya website ok


Skinelle ni menggunakan teknologi France, tapi made in Malaysia. Tapi jangan pandang Malaysia sebelah mata, sebab produk ni memang sangat bagus!

Skinelle gunakan collagen peptide sebagai salah satu bahan aktifnya. Kita ni, kalau dengar kolagen, mesti bayangkan kulit yang gebu dan anjal  kan? Cara yang paling bagus untuk kolagen ni bertindak ialah apabila kita sapu terus ke kulit kita, bukan dengan makan kolagen ok!

Start berjinak-jinak dengan Skinelle serum masa tahun 2016.

Masa tu kerja sangat buusy, tak sempat nak peduli pasal kulit muka pun. Sekali nampak iklan kat Instagram, dengan Adeline Tsen sebagai duta diorang. Memang terpikatlah hati ni nak try. Mana taknya, dalam 1 serum tu ada macam2 kegunaan, as toner, moisturizer.

Buat yang nak turun kerja cepat2 tu memang sesuai lah. Lepas cuci muka, press sekali, dap2 serum, terus kulit terasa sangat lembut dan moist. Flawless gitu. Buat yang sempat atau suka pakai make up, boleh pakai seum ni dulu sebelum make-up. Hanya perlu pakai 2 kali sehari, malam dan pagi. Bau dia pulak bau green apple. Memang wangi dan tak sakit hidung.

Hasilnya, memang jerawat berkurang. Warna kulit pun makin sekata. Tapi hasilnya bergantung pada empunya badan la kan. Ada orang cepat, dan ada orang agak lambat sikit.


Kita cerita pasal harga pulak. Serum ni harganya RM160. Sebotol boleh tahan dalam 3 bulan, sebab sekali guna picit sekali saja pun dah cukup. Bagi saya, nilainya worth the quality. Anda bolehlah cuba trial set kalau tak pasti kulit sesuai tak dengan Skinelle ni.

Baiklah, akhir kalam, saya bukanlah promoter Skinelle ye, kalau nak beli just google je. Kat Shopee / Lazada pun ada. Korang boleh compare harga dia. Ada musim dia buat sale, masa tu boleh beli banyak sikit. Berbaloi-baloi.

Skinelle ada produk lain juga. Nanti masa lain saya buat review ok.

Ok, thanks for reading. Adios!